Monday, October 8, 2012

Saya...


Nur Syahyra Binti Dzulkafli.
Insan biasa, tak punya apa-apa. 


Aku sentiasa sedar aku siapa. Tak pernah lupa dari mana datangnya aku.
Hanya anak kampung. :)

Biar apa pun jadinya aku SEKARANG, kerana itu pilihan aku. Tiada kaitan atau disebabkan oleh culasnya kedua ibu-bapaku. Mereka, seperti ibu-bapa yg lain sudah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dgn sebaiknya. CUMA aku, aku yg melanggar. CUMA aku, aku yg tidak mematuhi. CUMA aku, aku yg memilih.

Sedari kecil, aku tidak diajar utk terlalu bergantung harap pada orang lain. Aku diajar pula bagaimana mahu melakukan segalanya sendiri. Ye, dulu... aku sentiasa sedih dan menangis dek kerana dimarah ma bila tak buat kerja rumah. Aku selalu persoalkan KENAPA. Nah, sekarang aku peroleh jawapan tanpa perlu ma terangkan KENAPA. Aku hanya mampu tersenyum dan menggeleng. Tak perlu pergi jauh, aku nampak apa natijahnya jika anak itu dimanja berlebihan... Melampau. Hanya itu yg mampu kukatakan. Dalam kalangan ahli keluargaku sendiri... kesannya ada di depan mata. Sadis.

Masa kecil, bila aku sudah faham erti "terasa hati", Allah temani aku. Aku tak sedar pun. Bila difikirkan semula... Betapa agungnya kuasa Dia. Di saat budak-budak lain memberontak dan mengherdik ibu-bapa mereka dek kerana ditegur atas salah sendiri, aku... di atas salah adik-adik, aku yg menanggungnya. Aku tak menjawab apa-apa kerana pasti mendapat habuan. Sejak itu, jika dimarah walau atas apa sebab sekalipun... aku hanya diam membisu. Aku menangis di dalam tidur.

Nak menangis pun, aku tahan, tak nak ma dengar. Kalau tak, lagi kena marah. Masa dulu... ma memang garang. Itu yg terbaik. Dari dibiarkan anak pijak kepala. Demi Allah... biarpun dimarah ats benda bukan salah aku... Aku tak mampu... TAK MAMPU biar hanya utk membela diri, apatah lagi... meninggikan suara... Sebab... kalau ma terasa hati... dosanya... tak tertanggung... Nak mati pun susah...

Biar mcm mana teruknya dulu... hubungan aku dgn ma... Aku tak pernah tinggikan suara dgn dia... Aku yg rasa sedih nak marah ma semula... Kesian kat ma... Anak2 tengking dia balik... Aku tak sanggup! Ya Allah... Dek kerana dosa lain menimbun... Aku cuba pelihara hati ma... Biar apa yg terjadi skrg... mungkin sgt2 melukakan hati dia. Allah Maha Tahu niatku... :'[

YA RINDU MA SGT2... ABAH dan ADIK2 pun. SGT. Allah saja tahu mcm mana... 

No comments: